- KDOJ Administration
- May 4, 2025
Projek Komuniti KEKAL | Bengkel Asas Kelulut Lestari
4 Mei 2025 | Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Mersing, Johor
Bermula dari 1 hingga 5 Mei 2025, satu program berimpak tinggi, “KEKAL: Kelestarian Ekosistem Kelulut dan Alam Lestari” telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada mahasiswa, penduduk setempat serta pelbagai pihak berkepentingan. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar melalui penternakan kelulut yang lestari, memperkenal inovasi pengurusan data ternakan melalui sistem EMAS, serta memantapkan hubungan komuniti dan institusi pendidikan.
Program ini disusun rapi dengan pendekatan holistik yang merangkumi dimensi pendidikan, sosial, dan teknologi. Ia turut selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan prinsip ESG — Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

Pada 4 Mei 2025, khususnya, telah dilangsungkan bengkel asas kelulut Lestari yang melibatkan seramai 40 orang peserta daripada kalangan penduduk-penduduk di komuniti Felda Tenggaroh 7 dan sekitarnya. Antara modul dan aktiviti utama yang dijalankan semasa BEngkel tersebut adalah ialah:
- Modul Asas Kelulut Lestari dan Bengkel Sistem EMAS (Electronic Meliponini Advanced System (4 Mei 2025): Sesi ini memperkenalkan peserta kepada biologi kelulut, habitat semula jadi, teknik pemindahan koloni, dan asas pengurusan ladang kelulut. Turut dikupas adalah asas teknik tuaian, pasca penuaian serta kawalan penyakit dan perosak. Peserta juga diperkenalkan kepada platform digital www.emas.mytradebee.com yang digunakan untuk merekod dan mengurus data haif, aktiviti tuai, dan sejarah koloni. Sistem ini membolehkan penternak menjejak perkembangan koloni secara sistematik dan telus. Selain teori, pembelajaran dilapangan juga telah dijalankan untuk memberikan suatau pengalaman praktikal kepada peserta-peserta.


Selain daripada Bengkel Asas Kelulut Lestari, terdapat juga aktivit-aktiviti lain yang telah dialajnkan seperti:
- Rewang Sekampung & Gotong Royong: Merangkumi pembersihan surau, bilik literasi, dan blok kediaman serta pembinaan sudut bacaan agama — aktiviti ini menyemai nilai kerja berpasukan dan penglibatan komuniti.
- Sesi Simenfero & Landskap Komuniti: Latihan amali yang memperlihatkan kreativiti peserta dalam mencantikkan kawasan Felda melalui teknologi simenfero yang mesra alam dan mampan.
- Sukaneka & BBQ Komuniti: Disamping memperkukuh ukhuwah, sesi santai ini menyemarakkan semangat kekitaan antara peserta dan keluarga angkat.
- Majlis Kesyukuran & Sumbangan Komuniti: Sumbangan kotak makanan disampaikan kepada keluarga angkat sebagai simbol solidariti dan kepedulian sosial.




Maklumat lanjut berkenaan proram KEKAL program, sila kilk gambar di bawah
- #Dr. Mohd Amri
- #ekonomi kelulut
- #impak komuniti
- #IoT kelulut
- #kekal
- #kelestarian ekosistem
- #kerjasama institusi pendidikan
- #kesedaran alam sekitar
- #Koloni kelulut
- #Komuniti Felda Tenggaroh 7
- #modul pengajaran
- #Muhammad Adhar
- #pembelajaran sepanjang hayat
- #pemeliharaan biodiversiti
- #pendebunga semula jadi
- #penerbitan ilmiah
- #Penternakan Kelulut
- #perangkap kelulut
- #perusahaan kecil sederhana
- #sesi praktikal
- #usahawan kelulut
Recent Post
Apa itu Madu krist...
March 30, 2026
✨ PEMPROFILAN KEKAL ...
February 20, 2026
Perkembangan Terki...
February 3, 2026
Senarai Kursus/Sem...
January 12, 2026
Pengalaman Kursus ...
January 8, 2026
Hairul Kelulut: Us...
December 26, 2025
Perkembangan dan P...
October 13, 2025
Kunjungan Balas ke...
September 2, 2025
Tags
Search
Categories
- Activities (7)
- Administration (3)
- Bee Keeping | Penternakan Lebah (48)
- Important Notice (4)
- KDOJ News (3)
- News | Berita (12)
- Notice (4)
- Nuansa Kisah (7)
- Pest of Stingless Bees | Makhluk perosak kelulut (3)
- Plants for beekeeping | Pokok untuk Kelulut (3)
- Product | Produk (16)
- Recent Scientific Studies | Kajian Sains Terkini (47)
- Seminar (6)
- Tips | Petua (21)
Recent Post
- Apa itu Madu kristal ? March 30, 2026
- ✨ PEMPROFILAN KEKAL BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH, MERSING February 20, 2026
- Perkembangan Terkini Sistem Pengesanan & Pengiraan Kelulut February 3, 2026
- Senarai Kursus/Seminar Kelulut Tahun 2026 (Fizikal & Online) January 12, 2026
- Pengalaman Kursus Pembuatan 9 Jenis Sabun di Pertubuhan Usahawan Lebah Kelulut Segamat JBEES (Syifa Agro Farm) January 8, 2026
