- METATECHNE ENTERPRISE
- February 20, 2026
✨ PEMPROFILAN KEKAL BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH, MERSING

📅 7 Februari 2026
Salam Sejahtera
Salam UTM Sanjungan Bangsa
Pada 7 Februari yang lalu, sekumpulan pelajar UTM — majoritinya daripada pelajar Assasi UTM dan JKP — telah menyambung langkah program KEKAL ke Felda Tenggaroh, Mersing. Kami bertolak dari Blok A, KLG UTM seawal pagi dengan satu misi mudah tapi besar maknanya: buat pemprofilan komuniti dan lihat sendiri perkembangan projek kelulut KEKAL di lapangan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KEKAL Bersama Komuniti, sebuah program berkonsepkan kelestarian yang memfokuskan kerjasama bersama komuniti setempat dalam usaha membina pembangunan yang mampan 🌱🐝.

Bertolak dari UTM
Suasana santai tapi fokus. Semua telah bersiap dengan barang-barang keperluan masing-masing, ada juga yang jadi “navigator” sepanjang perjalanan. Perjalanan ke Mersing kali ini bukan sekadar lawatan biasa — ia sambungan komitmen kita bersama komuniti.

Aktiviti Pemprofilan Komuniti
Sepanjang aktiviti profiling ini, para sukarelawan telah menjalankan bancian komuniti dari rumah ke rumah di Rancangan Tenggaroh 5 dan Rancangan Tenggaroh Timur 7,bagi mendapatkan data komuniti yang berminat untuk terlibat dalam Program KEKAL.
Borang ini bukan sekadar tanya soalan biasa. Ia menyentuh:
- Demografi responden
- Tahap kefahaman asas ekologi kelulut
- Persediaan ladang ternakan
- Penjagaan koloni & kawalan penyakit
- Teknik penuaian madu & roti lebah
- Penggandaan koloni
- Strategi pemasaran & penjualan produk kelulut
Pendek kata, kita cuba faham dari A sampai Z — bukan hanya siapa berminat, tapi sejauh mana pengetahuan dan kesediaan komuniti untuk bergerak bersama dalam model penternakan kelulut mampan.
Sesi ini dibuat secara santai, berbual terus dengan komuniti. Dari situ kita nampak potensi, cabaran, dan juga semangat mereka yang mahu belajar.




Paling bermakna pada hari tersebut — tuaian pertama madu daripada dua log hive KEKAL yang dibekalkan pada Mei 2025.
Alhamdulillah, lebih kurang 650 gram madu berjaya dituai.
Bukan soal kuantiti semata-mata, tapi simbol bahawa:
- Log yang dibekalkan hidup dan aktif
- Komuniti menjaga dengan baik
- Model KEKAL ini memang berjalan
Melihat madu pertama keluar dari log yang sama-sama kita rancang tahun lepas — memang ada rasa puas hati yang tak boleh digambarkan.



Turut dipertontonkan ialah Sistem AI Pengesanan & Pengiraan Kelulut.
Sistem ini digunakan untuk:
- Mengesan pergerakan keluar masuk kelulut
- Mengira aktiviti koloni secara automatik
- Membantu pemantauan tahap keaktifan (contoh konsep FIFO >70)
Bila komuniti nampak sendiri bagaimana teknologi boleh bantu penternakan, barulah jelas bahawa KEKAL bukan sekadar projek kelulut biasa — ia gabungan komuniti + teknologi + kelestarian.

Rezeki Kenduri & Ukhuwah
Yang paling “manis” selain madu — jemputan makan kenduri kahwin oleh komuniti setempat.
Terima kasih kepada komuniti Felda Tenggaroh 7 atas layanan mesra dan kerjasama yang sangat baik. Hubungan seperti ini yang kita mahu kekalkan — bukan sekadar datang ambil data, tapi bina silaturahim.

Pendekatan temu bual secara bersemuka ini bukan sahaja memudahkan pengumpulan data, malah mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat setempat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
🤍 Komuniti Felda Tenggaroh atas sambutan yang sangat mesra
🤍 Para sukarelawan UTM atas komitmen dan dedikasi
🤍 Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini
Semoga usaha kecil ini memberi impak besar dalam memperkukuh kelestarian komuniti dan menjadi langkah awal ke arah pencapaian
💚 KEKAL Bersama Komuniti — Membina Kelestarian, Menyemai Harapan.
#KEKALBersamaKomuniti
#ProfilingKEKAL
#KDOJ
#FeldaTenggaroh#KelestarianKomuniti
Recent Post
Apa itu Madu krist...
March 30, 2026
✨ PEMPROFILAN KEKAL ...
February 20, 2026
Perkembangan Terki...
February 3, 2026
Senarai Kursus/Sem...
January 12, 2026
Pengalaman Kursus ...
January 8, 2026
Hairul Kelulut: Us...
December 26, 2025
Perkembangan dan P...
October 13, 2025
Kunjungan Balas ke...
September 2, 2025
Tags
Search
Categories
- Activities (7)
- Administration (3)
- Bee Keeping | Penternakan Lebah (48)
- Important Notice (4)
- KDOJ News (3)
- News | Berita (12)
- Notice (4)
- Nuansa Kisah (7)
- Pest of Stingless Bees | Makhluk perosak kelulut (3)
- Plants for beekeeping | Pokok untuk Kelulut (3)
- Product | Produk (16)
- Recent Scientific Studies | Kajian Sains Terkini (47)
- Seminar (6)
- Tips | Petua (21)
Recent Post
- Apa itu Madu kristal ? March 30, 2026
- ✨ PEMPROFILAN KEKAL BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH, MERSING February 20, 2026
- Perkembangan Terkini Sistem Pengesanan & Pengiraan Kelulut February 3, 2026
- Senarai Kursus/Seminar Kelulut Tahun 2026 (Fizikal & Online) January 12, 2026
- Pengalaman Kursus Pembuatan 9 Jenis Sabun di Pertubuhan Usahawan Lebah Kelulut Segamat JBEES (Syifa Agro Farm) January 8, 2026
