- METATECHNE ENTERPRISE
- November 14, 2026
Kelulut Jenis Apa Ini? Kenal Pasti Spesies dengan HiveGate AI

Nampak kelulut di pintu sarang atau di mana-mana dan membuatkan anda tertanya-tanya apa spesiesnya? Dengan HiveGate AI, penternak, pelajar dan peminat kelulut boleh memuat naik foto untuk mendapatkan cadangan spesies sebagai panduan awal. Pendaftaran akaun adalah percuma.
Cara HiveGate AI berfungsi
Modul Identify Bee mengesan kelulut dalam foto. Model AI menggunakan ciri visual yang dipelajari daripada imej latihan untuk mencadangkan spesies bagi setiap kelulut yang dikesan. Sistem memaparkan nama spesies, skor keyakinan model dan bilangan kelulut yang dikesan dalam foto.
Model ini menyokong 12 kelas spesies, termasuk Heterotrigona itama, Geniotrigona thoracica dan Tetrigona binghami. Senarai penuh ada di bahagian Supported Species.
Cara membaca skor keyakinan
Dalam satu contoh foto di pintu sarang, model mengesan lapan ekor kelulut. Bagi salah satu pengesanan, model mencadangkan Geniotrigona thoracica dengan skor keyakinan 78.8%. Skor itu menggambarkan keyakinan model terhadap cadangan tersebut. Jika skor rendah, cuba foto dari sudut lain atau rujuk pakar kelulut untuk pengesahan.
Tip foto. Ambil foto jarak dekat dengan cahaya yang cukup dan pastikan badan kelulut kelihatan tajam. Foto di pintu sarang boleh digunakan apabila kelulut dalam gambar kelihatan jelas.
Cara menggunakan pengecaman spesies
- Daftar akaun percuma. Isi borang pendaftaran HiveGate AI. Daftar percuma.
- Log masuk. Gunakan akaun yang telah didaftarkan. Log masuk ke HiveGate AI.
- Buka Identify Bee. Pilih modul itu pada menu HiveGate AI. Buka halaman Identify Bee.
- Muat naik foto dan jalankan pengecaman. Di bahagian Upload & scan, pilih atau seret fail JPG atau PNG. Semak pratonton, kemudian klik Identify species.
- Semak hasil. Lihat bilangan kelulut yang dikesan, nama spesies yang dicadangkan dan skor keyakinan bagi setiap pengesanan.
- Hantar maklum balas jika perlu. Buka borang di bahagian Prediction looks wrong? dan pilih spesies yang anda jangkakan di ruangan Correct bee species. Tambah nota jika ada, kemudian klik Send feedback.
- Rujuk semula hasil terdahulu. Buka Saved Identifications untuk menyemak hasil yang disimpan secara automatik. Pilih rekod untuk melihat semula foto dan cadangan spesies atau muat turun imej melalui Download JPEG.
Video penerangan HiveGate AI
Bacaan berkaitan. HiveGate AI dan SustainBee AI di NALI 2026
#HiveGateAI #MyTradeBee #LebahKelulut #KenalPastiKelulut #PenternakanKelulut #StinglessBees #BeeIdentification #SmartBeekeeping
Recent Post
Kelulut Jenis Apa ...
November 14, 2026
KDOJ Raih Anugerah...
November 6, 2026
Learning Together ...
September 18, 2026
Apa itu Madu krist...
March 30, 2026
✨ PEMPROFILAN KEKAL ...
February 20, 2026
Perkembangan Terki...
February 3, 2026
Senarai Kursus/Sem...
January 12, 2026
Pengalaman Kursus ...
January 8, 2026
Tags
Search
Categories
- Activities (10)
- Administration (3)
- Bee Keeping | Penternakan Lebah (50)
- Important Notice (4)
- KDOJ News (3)
- News | Berita (13)
- Notice (5)
- Nuansa Kisah (8)
- Pest of Stingless Bees | Makhluk perosak kelulut (3)
- Plants for beekeeping | Pokok untuk Kelulut (3)
- Product | Produk (17)
- Recent Scientific Studies | Kajian Sains Terkini (48)
- Seminar (7)
- Tips | Petua (21)
Recent Post
- Kelulut Jenis Apa Ini? Kenal Pasti Spesies dengan HiveGate AI November 14, 2026
- KDOJ Raih Anugerah Emas NALI 2026 melalui SustainBee AI November 6, 2026
- Learning Together Through Stingless Bees at KDOJ: Sustainability, Innovation and Internationalisation at Home September 18, 2026
- Apa itu Madu kristal ? March 30, 2026
- ✨ PEMPROFILAN KEKAL BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH, MERSING February 20, 2026

Leave your comment