Loading…
  • METATECHNE ENTERPRISE
  • December 20, 2022

5-hydroxymethylfurfural (HMF) Sebagai Indikator Ketulenan Madu

5-hydroxymethylfurfural (HMF) Sebagai Indikator Ketulenan Madu

BY DG OF HEALTH 

ON AUGUST 17, 2016  & NOVEMBER 20, 2017 

Petikan:

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa kandungan HMF merupakan indikator kualiti madu dan kandungannya akan meningkat apabila suhu meningkat dan tempoh penyimpanan bertambah. Menurut The Federal Institute for Risk Assessment (BfR), Jerman, HMF tidak memberikan kesan toksik kepada kesihatan manusia.

Akta-Akta yang berkenaan:

1) Peraturan 130, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan standard bagi madu. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun.

2) Seksyen 13B(2)(e), Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang tidak mematuhi standard atau spesifikasi yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan di bawah Akta Makanan 1983 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Sila baca lanjut:

https://kpkesihatan.com/2017/11/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-november-2017-isu-madu-tiruan/

Recent Post

Search






Top