Bagaimana Cara Menanam Bunga Air Mata Pengantin agar Cepat Tumbuh dan Kekal Berbunga Lebat ?
Isi kandungan
1) Pemilihan dan persediaan biji benih
2) Penyediaan tempat menanam benih
3) Perawatan setelah pokok bercambah
4) Penjagaan dan Perawatan setelah pokok dipindahkan di atas tanah
Pemilihan dan persediaan biji benih
Untuk menanam bunga air mata pengantin, yang paling utama kita harus memilih benih yang terbaik. Pilihlah benih yang sudah kering dan berwarna coklat. Jangan memilih benih yang masih basah dan hijau, kerana benih ini belum lagi termasuk benih yang terbaik.
Setelah memilih benih yang terbaik, kita harus mengupas kulit benih tersebut satu persatu. Kemudian, jemurlah benih tersebut selama dua hingga tiga hari.
Setelah benih dijemur selama dua hingga tiga hari, potonglah bahagian hujung benih yang kelihatan seperti ekor agar cepat tumbuh. Ini kerana, kulit benih agak keras dan untuk memudahkan proses percambahan. Jangan memotong ekor benih itu terlalu dalam. Setelah itu, rendamlah benih dalam air panas yang telah disimpan dalam thermos (bukan air yang baru mendidih) selama lebih kurang enam jam.
Penyediaan tempat menanam benih
Kemudian, siapkan media tanaman dengan polibeg dan tanah liat basah sahaja (dalam contoh ini empat polibeg telah digunakan). Jangan mencampurkan tanah liat basah tersebut dengan apa-jenis baja samada baja asli atau baja kimia. Setelah itu, tanamlah dua hingga tiga biji benih dalam setiap polibeg.
Jangan menanam benih terlalu dalam, cukup satu hingga dua sentimeter saja. Kemudian, letakkan polibeg di tempat yang teduh. Tunggulah hingga benih tumbuh hingga pucuknya mencapai lima hingga 10 sentimeter.
Perawatan setelah pokok bercambah
Jika penumbuhan pokok tersebut sudah mencapai ukuran lebih kurang 10 sentimeter, pindahkanlah ke tempat yang terbuka dan langsung terkena sinar matahari. Untuk perawatan seterusnya, gunakan teknik stress air. Caranya dengan menggunakan baja Monopotassium Phosphat (MKP-0-52-34), baja Kalium dan larutkan dalam satu liter air dalam nisbah satu senduk kepada 1 liter air (1 senduk baja : 1 liter air). Sebagai alernatif, anda boleh gunakan lcampuran baja AB. Siramkan pada anak pokok setiap pagi dan ulang siraman air dengan larutan baja ini selama tiga hingga empat hari. Dengan melakukan teknik stress air, diharapkan bunga air mata pengantin mampu cepat membesar dan berkembang dengan baik.
Setelah selesai melakukan teknik stress air, baja kimia butir NPK boleh ditambah ke dalam polibeg sebanyak lima atau enam butir pada sekitar pangkal daun, kita perlu memastikan agar tidak meletakkan butiran baja terlalu dekat dengan pangkal pohon, agar tidak merosakkan atau membunuh pohon. Ulang proses membajaan ini setiap minggu dan jangan lupa siraman air biasa setiap hari.
Ketika air mata pengantin mulai menjalar, kita perlu mencari kayu untuk menopangnya agar tidak jatuh ketika hujan. Setelah tumbuhan mencapai tinggi satu meter, kita boleh memindahkannya ke tanah untuk proses penjagaan dan perawatan yang lebih baik.
Penjagaan dan Perawatan setelah pokok dipindahkan di atas tanah
Untuk penjagaan dan perawatan harian bagi pokok yang sudah dipindahkan ke atas tanah, kita boleh kembali menggunakan campuran serbuk Monopotassium Phosphate (MKP-0-52-34) dan air dalam nisbah 1 senduk makan baja larutan kepada 10 liter air. Alternatif lain, anda boleh gunakan baja larutan AB. Baja ini boleh disemburkan pada daunnya pada pagi hari sebelum sinar matahari terik. Untuk bunga yang lebih besar, kita perlu memastikan semburan merata pada daun.
Penjagaan dan perawatan seterusnya untuk batang pokok air mata pengantin: selain menggunakan baja butir NPK dalam seminggu sekali, ada beberapa tindakan-tindakan yang dapat dilakukan, antaranya adalah:
● Pemangkasan: Lakukan pemangkasan secara teratur pada bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bahagian yang telah mati atau kering atau yang mengganggu pertumbuhan pokok. Hal ini akan membantu untuk menghasilkan pertumbuhan batang yang lebih kuat dan sihat.
● Pengendalian hama dan penyakit: Jangan biarkan hama dan penyakit menyerang pokok air mata pengantin. Lakukan pemeriksaan secara teratur dengan menggunakan racun serangga organik yang tepat untuk mencegah terjadinya kerosakan pada batang dan daun.
● Pemberian baja organik: Selain menggunakan baja butir NPK, pemberian baja organik juga dapat membantu meningkatkan kualiti tanah dan menyediakan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Baja organik dapat diberikan setiap 3-4 bulan sekali.
● Penyiraman: Jangan lupa untuk memberikan air yang cukup pada pokok air mata pengantin. Pastikan tanah di sekitar batang selalu lembab dan tidak terlalu kering.
Dengan melakukan penjagaan dan perawatan yang tepat, batang pokok air mata pengantin dapat tumbuh dengan kuat dan sihat, sehingga dapat menghasilkan bunga yang lebih lebat dan indah.