KELESTARIAN EKOSISTEM KELULUT & ALAM LESTARI (KEKAL) BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH 7
Mohd Amri Bin Md Yunus
28 November 2024, Mersing, Johor
Jawatan Kuasa Mahasiswa Kolej Dato’ Onn Jaafar dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UTM dan Jawatankuasa Kerja Rancangan Felda telah berjaya mengadakan program KEKAL bersama Komuniti Felda Tenggaroh 7: Bengkel Biak Baka Lestari Lebah Kelulut Menggunakan Kotak Perangkap.
Bengkel ini julung-julung kalinya diadakan di Felda Tenggaroh 7, telah berjaya melibat sama penglibatan komuniti Felda Tenggaroh 7 dengan seramai 30 orang yang terdiri dari peneroka generasi 2 dan belia felda.
Bengkel yang disampaikan oleh Dr. Mohd Amri Md Yunus, Pengetua KDOJ bertujuan untuk:
1. Platform sebar luas pengetahuan dan implimentasi kaedah penternakkan lebah kelulut kepada komuniti secara lestari tanpa melibatkan penerbangan pokok-pokok yang mampu menjejaskan alam sekitar
2. Medium mempromosikan pembangunan aktiviti ekonomi bumiputera melalui penternakan kelulut dalam kalangan komuniti.
Sekiranya ada komuniti yang berminat untuk menjalankan projek kelulut, sila email pertanyaan anda kepada mytradebee@gmail.com