Tempoh sela masa penuaian yang terbaik untuk madu yang terbaik
Tajuk asal: Effect of harvest time span on physicochemical properties, antioxidant, antimicrobial, and anti-inflammatory activities of Meliponinae honey.
Wu, M.-C., et.al.
Department of Entomology, College of Agriculture and Natural Resources, National Chung Hsing University, Taichung, Taiwan
J Sci Food Agric, 102: 5750-5758.
Kajian telah menunjukkan tempoh kematangan madu memainkan peranan penting di mana madu kelulut mempunyai lebih banyak kadar kelembapan (air). Kadar air yang tinggi akan menyebabkan proses penapaian dan perubahan rasa dan sifat-sifat. Bagi meningkatkan kualiti madu kelulut, sela masa penuaian perlu diperhatikan dengan baik. Kajian ini melihat dua jenis madu kelulut daripada jenis kelulut yang berbeza pada beberapa masa yang berbeza dan telah mendapati bahawa madu yang dituai pada sela masa yang lebih lama mempunyai antioksida yang lebih banyak dan aktiviti antimicrob yang lebih tinggi. Seterusnya sela masa yang lebih lama akan meningkatkan kandungan air, trehalulose, protein, dan keseluruhan asid juga meningkat. Manakala kandungan gula, glukos, dan nilai pH telah menurun. Kajian juga telah menunjukkan bahawa jumlah kandungan enam jenis organik asid di dalam madu H.itama yang berumur 45-hari telah meningkat daripada 2.78 kepada 4.12 g per 100 g. Manakala untuk madu T. binghami, madu yang berumur 45-hari, kandungan enam jenis organik asid telah meningkat daripada 1.66 kepada 3.61 g per 100 g. Oleh itu, penternak kelulut perlu bijak menguruskan sela masa peroses penuaian untuk mendapatkan kualiti madu yang terbaik. Lihat bagaimana sistem EMAS mampu untuk membantu penternak untuk menganggarkan tempoh sela tuaian yang terbaik:
Kesimpulan penting daripada kajian termasuklah:
● Kematangan madu mempengaruhi kualiti dan kandungannya.
● Madu kelulut mempunyai kandungan air yang tinggi, menjadikan rasanya dan kandungannya berbeza-beza.
● Kawalan masa penuaian adalah sangat penting untuk meningkatkan kualiti madu.
● Tempoh sela masa yang lebih tinggi akan menhasikan madu dengan antioksidan dan antimocrob yang lebih lbaik.
● Tempoh sela masa yang lebih tinggi akan menyebabkan kandungan air yang tinggi, tetapi meningkat kandungan trehalulose, protein, dan juga jumlah keasidan.
● Jumlah gula penurun, fruktos, glukos dan nilai pH telah didapati menurun apabila sela masa menuai meningkat.
● Kandungan asid organik meningkat apabila sela masa menuai meningkat.
● Penternak kelulut perlulah menyesuaikan sela masa menuai untuk kualiti madu yang terbaik.
● Kajian telah menunjukkan, sela masa penuaian adalah berbeza untuk spesis kelulut yang berbeza.
● Untuk Heterotrigona itama, tempoh masa 45-hari adalah terbaik untuk menghasilkan kandungan asid organik yang tinggi.
● Manakala untuk Tetrigona binghami, sela masa antara 30 hingga 45 hari akan menghasilkan madu yang terbaik.