Perbandingan Madu Manuka dan Madu Kelulut
Isi kandungan
Pengenalan
Madu lebah digunakan secara turun temurun sebagai ubat dan mempunyai banyak khasiat. Secara umum, semua madu asli adalah baik dan mengandungi banyak khasiat. Berikut adalah beberapa kebaikan madu asli: sumber asli antioksidan; khasiat nutrisi daripada madu asli; keupayaan antibakteria dan antikulat; membantu memulihkan kecederaan; sumber “superfood”; mengurangkan masalah penghadaman; membantu mengurangkan sakit tekak dan batuk; membantu fungsi-fungsi otak.
Madu Manuka
Madu manuka adalah sempena bunga Manuka dimana lebah mengutip nektarnya. Madu Manuka dikutip oleh lebah (bersengat). Madu Manuka mengandungi bahan aktif dihydroxyacetone. Pada masa yang sama, lebah mengutip lilin untuk membina sarang untuk menyimpan madu. Dalam suatu tempoh, bahan di dalam madu bertukar menjadi Methylglyoxal. Madu Manuka mengandungi bahan aktif yang dapat membantu penyembuhan luka. Aktiviti bukan peroksida madu Manuka memberi kesan khas antiseptik.

Madu Kelulut
Manakala lebah kelulut adalah lebah asas resin. Lebah kelulut mengutip banyak damar (getah) dan campurkannya dengan lilin untuk membuat kantung, kedua-duanya adalah bahan-bahan daripada pokok. Terdapat banyak jenis-jenis damar, boleh terdiri dari bentuk getah dan ambar. Lebah kelulut mengumpul damar pokok, dan mencampur lilin pokok dengan air liur mereka. Kemudian meraka bawa pulang dan mencampurkannya untuk membuat kantung-kantung madu. Apabila madu kelulut disimpan ke dalam kantung, bahan propolis bercampur dengan madu. Kelulut juga mengumpul debunga pokok dan memasukkan ke dalam kantung untuk menjadi roti lebah.

Kesimpulan
Propolis mengandungi banyak bahan-bahan Flavonoid dan Phenolic (antioksida). Flavonoid dan Phenolic adalah bagus untuk penyembuhan dalaman. Madu manuka jika diambil 200 ml setiap hari akan menyebabkan kencing manis. Manakala, madu kelulut mengandungi Tetrahulose. Tetrahulose adalah bahan yang jarang dijumpai dengan glycaemic indeks yang rendah. Ini bermaksud, madu kelulut membantu mengawal kadar gula di dalam darah (berbanding sucrose, glukos, atau kanji) jika diambil dengan kadar yang betul. Ini adalah penting dalam pengawalan kencing manis. Tidak menghairankan apabila syarikat besar sedang cuba untuk mensintesis Tetrahulose sedangkan ia terdapat banyak di dalam madu kelulut kerana ia boleh diolah menjadi pemanis alternatif yang bagus dan juga untuk tujuan yang lain.
Bibliografi
- Popova, M., Trusheva, B., & Bankova, V. (2019). Propolis of stingless bees: A phytochemist’s guide through the jungle of tropical biodiversity. Phytomedicine, 153098.
- Fletcher, M. T., Hungerford, N. L., Webber, D., Carpinelli de Jesus, M., Zhang, J., Stone, I. S. J., Blanchfield, J. T., & Zawawi, N. (2020). Stingless bee honey, a novel source of trehalulose: a biologically active disaccharide with health benefits. Scientific reports, 10(1), 12128. https://doi.org/10.1038/s41598-020-68940-0
