- KDOJ Administration
- May 1, 2025
Projek Komuniti KEKAL | Pindah Haif-Haif Kelulut ke Felda Tenggaroh 7

29 April – 1 Mei 2025 | Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Mersing, Johor
Projek Komuniti Kelestarian Kelulut dan Alam Lestari (KEKAL) diteruskan lagi dengan aktiviti yang cukup mencabar tetapi bermakna – sesi pemindahan haif (sarang kelulut) ke kawasan komuniti Felda Tenggaroh 7, Mersing.
Malam Bermula, Haif Bersiap Sedia
Segalanya bermula pada malam 29 April, lebih kurang jam 10 malam. Masa ni semua kelulut dah ‘balik rumah’, jadi memang waktu terbaik nak siapkan haif untuk dipindahkan. Bahan-bahan haif ni memang kami pastikan berkualiti – guna kayu tahan lama dan bumbung komposit. Lubang-lubang kat haif pun ditutup rapi dengan jaring halus supaya kelulut tak lari semasa dipindah.
30 April – Haif Mula Bergerak
Lewat malam 30 April, lebih kurang jam 10 malam, semua haif dinaikkan ke atas lori di KDOJ. Ada sedikit kelewatan, tapi semuanya okay sahaja. Perjalanan ambil masa lebih 2 jam ke destinasi – Felda Tenggaroh 7. Cuaca pula agak mendung dan renyai-renyai masa mula bergerak dari Skudai, tapi Alhamdulillah sampai ke Mersing lebih kurang tengah malam.


Sampai-Sampai, Kena Tunggu Lagi
Setibanya di lokasi, kena tunggu dua jam lagi sebab lori tu juga bawa barang-barang program lain – macam karpet surau, kotak bantuan makanan, dan macam-macam lagi. Tapi semangat tetap tinggi!
Komuniti Felda Tenggaroh 7, Anda Memang Terbaik!
Walaupun jam dah pukul 2 pagi dan hujan masih turun renyai, komuniti di sana – terutamanya anak-anak muda – tetap turun padang. Haif-haif dipasang di tiga lokasi, semua diikat kemas dengan skru. Sekeliling haif pun disembur racun semut dan serangga perosak, semua dilakukan dalam suasana basah dan gelap malam. Tapi tak nampak pun letih – semua teruja!
Akhirnya kerja siap dalam jam 3.30 pagi. Pagi esoknya, bila tengok keadaan haif – Alhamdulillah, semua koloni kelihatan sihat dan mula menyesuaikan diri. Moga-moga koloni ini terus kekal (KEKAL!) dan berkembang dengan baik – seterusnya beri manfaat kepada seluruh komuniti.
Terima kasih semua yang terlibat!


For more information about KEKAL program, click the picture below.
- #Dr. Mohd Amri
- #ekonomi kelulut
- #impak komuniti
- #IoT kelulut
- #kekal
- #kelestarian ekosistem
- #kerjasama institusi pendidikan
- #kesedaran alam sekitar
- #Koloni kelulut
- #Komuniti Felda Tenggaroh 7
- #modul pengajaran
- #Muhammad Adhar
- #pembelajaran sepanjang hayat
- #pemeliharaan biodiversiti
- #pendebunga semula jadi
- #penerbitan ilmiah
- #Penternakan Kelulut
- #perangkap kelulut
- #perusahaan kecil sederhana
- #sesi praktikal
- #usahawan kelulut
-
ADD TO ANY
Recent Post
-
Sambutan World Bee...
May 25, 2025 -
Kursus Jinak Terna...
April 14, 2025 -
TrigonaGold Madu K...
April 9, 2025 -
Penghasilan Tut Po...
March 23, 2025 -
Khasiat Hebat Madu...
February 9, 2025 -
Stingless bee | He...
February 6, 2025 -
KELESTARIAN EKOSIS...
December 7, 2024 -
A new stable and b...
May 5, 2024
Tags
Search
Categories
- Activities (5)
- Administration (3)
- Bee Keeping | Penternakan Lebah (44)
- Important Notice (4)
- KDOJ News (4)
- News | Berita (12)
- Notice (4)
- Pest of Stingless Bees | Makhluk perosak kelulut (3)
- Plants for beekeeping | Pokok untuk Kelulut (3)
- Product | Produk (11)
- Recent Scientific Studies | Kajian Sains Terkini (46)
- Seminar (4)
- Tips | Petua (20)
- Uncategorized (3)
Recent Post
- Sambutan World Bee Day 2025 Kebangsaan Indonesia | Lebah dan Madu: Sumber Nutrisi, Kesihatan dan Kelestarian Alam May 25, 2025
- Kursus Jinak Ternak Lebah Kelulut – Raih Ilmu dan Pengalaman di Ladang Kelulut 50 Ekar April 14, 2025
- TrigonaGold Madu Kelulut Itama + Tongkat Ali April 9, 2025
- Penghasilan Tut Pokok Golden Penda untuk Kelulut March 23, 2025
- Khasiat Hebat Madu Kelulut, Petua, & Cara Pengambilan February 9, 2025