Berita Kelulut | Sarang kelulut dihanyutkan banjir, penternak rugi RM26,000 [METROTV]
![Berita Kelulut | Sarang kelulut dihanyutkan banjir, penternak rugi RM26,000 [METROTV]](https://www.mytradebee.com/wp-content/uploads/2023/01/Float-house-model-760x410.jpg)
Nazdy Harun, Harian Metro
Disiarkan pada: Januari 2, 2023 @ 2:50pm
Ringkasan:
Seorang pengusaha kelulut kerugian lebih RM 20,000 akibat 48 sarang kelulutnya musnah akibat banjir di Kuala Berang, Terengganu.
Menurutnya, ketika sibuk mengalihkan barangan di dalam rumah berikutan air meningkat secara mendadak, dia tidak sempat mengalih kesemua sarang kelulut hingga dihanyutkan banjir.
Buat masa ini pengusaha kelulut telah memasang perancah besi (seperti di dalam gambar) dan meletakkan sarang kelulut di atasnya bagi mengelak berlakunya kerugian sekiranya berlakunya bencana banjir.

Baca lajut:
Ulasan:
Antara tip-tip atau cadangan-cadangan untuk menghadapi masalah banjir:
1) Rancang kedudukan yang terbaik untuk sarang-sarang kelulut dan sekiranya boleh, elakkan kawasan yang sering dilanda banjir. Sekiranya ada faktor-faktor lain yang tidak boleh dielakkan, sediakan pelan tindakan kecemasan semasa musim hujan.
2) Para pengusaha kelulut boleh bekerjasama antara satu sama lain atau libatkan agensi-agensi yang boleh membantu menyediakan tempat pemindahan sementara ketika banjir.
3) Penyediaan kaedah-kaedah baru seperti sarang kelulut yang boleh terapung seperti gambar model contoh di bawah.

Artikel-artikel lain:
Apa itu Madu kristal ?
Madu kristal (atau dalam istilah saintifik disebut crystallized honey) merujuk kepada madu yang telah berubah bentuk daripada cecair likat kepada keadaan pepejal atau separa pepejal yang berbutir-butir. Ramai orang tersalah anggap madu yang mengkristal adalah madu tiruan atau madu yang dicampur gula pasir, padahal ia adalah fenomena semula jadi yang membuktikan madu tersebut adalah madu…
✨ PEMPROFILAN KEKAL BERSAMA KOMUNITI FELDA TENGGAROH, MERSING
📅 7 Februari 2026 Salam SejahteraSalam UTM Sanjungan Bangsa Pada 7 Februari yang lalu, sekumpulan pelajar UTM — majoritinya daripada pelajar Assasi UTM dan JKP — telah menyambung langkah program KEKAL ke Felda Tenggaroh, Mersing. Kami bertolak dari Blok A, KLG UTM seawal pagi dengan satu misi mudah tapi besar maknanya: buat pemprofilan komuniti dan…
Perkembangan Terkini Sistem Pengesanan & Pengiraan Kelulut
Sipnosis Sistem AI menjejak lebah kelulut di pintu masuk (corong) sarang melalui pemprosesan rakaman video telah berjaya dihasilkan dengan kejituan yang tinggi. Setiap lebah dikesan oleh model YOLO (kotak hijau) dan diberi ID unik melalui DeepSORT, manakala zon penampan berwarna kuning menandakan kawasan pengiraan keluar-masuk lebah. Apabila seekor lebah melintasi zon ini menuju ke dalam…




