Loading…
  • METATECHNE ENTERPRISE
  • October 29, 2022

Apa itu Kelulut ? | Pengenalan Kepada Perusahan Kelulut & Prospek Masa Hadapan

Apa itu Kelulut ? | Pengenalan Kepada Perusahan Kelulut & Prospek Masa Hadapan

Pengenalan

Apabila kita berfikir mengenai lebah, mungkin perkara utama yang kita fikirkan adalah mengenai pertahanan lebah melalui sengat, lebih baik jauhkan diri daripada lebah. Tetapi tahukah anda bahawa lebah jantan (dron) tidak mempunyai sengat. Kelulut adalah serangga asal di Malaysia, lebah kelulut hanya menggigit semasa mempertahankan diri dan menghasilkan resin yang melekit pada kulit dan rambut, secara umumnya lebah kelulut tidak merbahaya kerana ia tidak mempunyai sengat. Pada tempat-tempat lain, lebah kelulut dipanggil sebagai lebah Dammar/Dammer.

Malaysia mempunyai varieti kelulut lebih 35 jenis yang relay dikenalpasti pada tahun 1939. Usaha yang giat telah dijalankan oleh MARDI pada tahun 2014 sehingga berjaya menambahkan senarai kelulut yang dikenalpasti sebanyak 45 spesis. Walaubagaimanapun, bukan semua orang mampu untuk mengenali semua spesis-spesis kelulut.

 

Kelulut (Hymenoptera >> Apidae >> Meliponi) boleh diklasifikasikan kepada dua genera, iaitu Melipona dan Trigona. Gamba Rajah di bawah menunjukkan phenologi kelulut yang boleh dikesan sehingga phenologi Hymnoptera.

.

 

Phenologi Hymenoptera

Phenologi Apidae

Phenologi Melipona

Phenologi Trigona

Jadual di bawah menunjukkan senarai kelulut yang dibela terutamanya untuk menghasilkan madu. Rujukan adalah berdasarkan kepada karakteristik, sifat-sifat, dan taburan geographi.

No Nama spesis
1
Heterotrigona itama
2
Heterotrigona bakeri
3
Heterotrigona erythrogaster
4
Geniotrigona thoracica
5
Lepidotrigona terminata
6
Tetragonula fuscobalteata
7
Tetragonilla atripes
8
Tetragonula laeviceps
9
Lepidotrigona ventralis (Smith)
10
Tetrigona apicalis (Smith)
11
Tetrigona binghami (Schwarz)
12
Lophotrigona canifrons (Smith)

Kepentingan kelulut

Kelulut adalah lebah istimewa yang mengumpul debunga untuk memberi makanan kepada larva mereka dan juga penting bagi ekologi, ekonomi dan Hortikultur. Pokok tropika asal dan yang ditanam semula bergantung kepada kelulut yang berfungsi sebagai agen pendebungaan, dimana ia menyumbang kepada industri perhutanan sebanyak RM 4bil . Kelulut juga adalah agen pendebungaan bagi tanaman seperti buah, sayuran, rumput ternakan, dan bunga-bunga taman dengan anggaran nilai sumbangan kepada industri pertanian sebanyak RM 66mil. Saiz kelulut yang kecil membantu pendebungaan untuk bunga-bunga yang kecil.

Kepentingan kelulut

Nilai pasaran kelulut

Produk hasilan kelulut seperti madu, debunga, dan cerumen (propolis) telah digunakan sejak generasi terdahulu. Harga madu kelulut mentah dianggarkan sekitar RM120 sekilo (atau lebih mahal bergantung kepada konsep tawaran dan permintaan) dan nilainya akan berganda setelah melalui proses pengurangan kandungan air kepada 22 %. Pasaran kelulut adalah masih jauh daripada potensi terbaiknya yang sebenar. Walaubagaimanapun, sebelum anda memulakan perusahaan kelulut, anda perlu faham tentang isu-isu penting seperti memahami kaedah-kaedah penternakan kelulut yang lestari, cabaran-cabaran dalam mengatasi masalah madu tiruan, dan bagaimana untuk memastikan kepuasan pelanggan menggunakan produk hasilan kelulut seperti madu, terutamanya di peringkat antarabangsa.

Perbandingan di dalam perusahaan kelulut

Kesimpulan

Perusahaan kelulut di Malaysia adalah masih di tahap belum diteroka sepenuhnya, ramai yang telah terlibat kerana melihatkan janji keuntungan yang telah dicanang-canangkan, tetapi akhirnya kecewa kerana gagal memahami idea mengenai bagaimana cara yang betul membuat keuntungan di dalam perusahaan penternakan kelulut. Dua jenis standard telah disediakan mengenai kelulut iaitu MS 2683:2017: Standard Madu Kelulut dan MS 2679:2017: “Amalan Pertanian Baik (APB)- Pemeliharaan lebah (tribus Apini) dan kelulut (tribus Meliponini)”. Mungkin bagi generasi pengusaha kelulut yang ada sekarang merasakan bahawa standard-standard ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi sehingga mempengaruhi perjalanan aktiviti-aktiviti mereka. Oleh itu, generasi pengusaha kelulut yang baharu haruslah dibantu agar melibatkan diri, kerana mereka mempunyai jiwa yang belum terpengaruh dan peduli mengenai keseimbangan antara keuntungan dan kelestarian jika diasuh dengan baik. Kita boleh belajar daripada Maginnity [19] bahawa kelulut boleh digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah dan juga sebagai alat untuk membantu dalam membina generasi di masa hadapan yang mahu merealisasikan perusahaan kelulut yang mampan.

Bibliografi

[1]          Bee sting. Available: ttps://en.wikipedia.org/wiki/Bee_sting

[2]          H. F. Schwarz, “The Indo-Malayan species of Trigona. Bulletin of the AMNH; v. 76, article 3,” 1939.

[3]          S. R. Ramírez, J. C. Nieh, T. B. Quental, D. W. Roubik, V. L. Imperatriz-Fonseca, and N. E. Pierce, “A molecular phylogeny of the stingless bee genus Melipona (Hymenoptera: Apidae),” Molecular Phylogenetics and Evolution, vol. 56, pp. 519-525, 2010.

[4]          (2019). Heterotrigona itama – Stingless Bee. Available: https://wiki.nus.edu.sg/display/TAX/Heterotrigona+itama+-+Stingless+Bee#Footnote33

[5]          “Heterotrigona itama,” 2017.

[6]          W. A. Azmi, C. T. Seng, and N. S. Solihin, “Pollination efficiency of the stingless bee, Heterotrigona itama (Hymenoptera: Apidae) on chili (Capsicum annuum) in greenhouse,” J. Trop. Plant Physiol, vol. 8, pp. 1-11, 2016.

[7]          N. M. A. Jailani, S. Mustafa, M. Z. Mustafa, and A. R. Mariatulqabtiah, “Nest Characteristics of Stingless Bee Heterotrigona itama (Hymenoptera: Apidae) upon Colony Transfer and Splitting,” Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, vol. 42, 2019.

[8]          N. Basari, S. N. Ramli, and M. Khairi, “Food reward and distance influence the foraging pattern of stingless bee, Heterotrigona itama,” Insects, vol. 9, p. 138, 2018.

[9]          J. Fahimee, N. Nursyazwani, K. Fairuz, J. Rosliza, M. Mispan, and A. Idris, “Variation the oviposition behavior by the stingless bee, Heterotrigona itama (Hymenoptera, Apidae, Meliponini),” Journal of Asia-Pacific Entomology, vol. 21, pp. 322-328, 2018.

[10]        Z. A. Hassan, “Pollen Ultrastructure from Heterotrigona Itama Foragers at the Indo-Malayan Meliponine Repository Sekayu, Terengganu, Malaysia,” Malaysian Journal of Microscopy, vol. 15, 2019.

[11]        M. F. Jaapar, M. Halim, M. R. Mispan, R. Jajuli, M. M. Saranum, M. Y. Zainuddin, et al., “The diversity and abundance of stingless bee (Hymenoptera: Meliponini) in Peninsular Malaysia,” Advances in Environmental Biology, vol. 10, pp. 1-8, 2016.

[12]        S. F. Samsudin, M. R. Mamat, and I. R. Hazmi, “Taxonomic study on selected species of stingless bee (Hymenoptera: Apidae: Meliponini) in Peninsular Malaysia,” Serangga, vol. 23, 2018.

[13]        L. H. Liow, “Bee diversity along a gradient of disturbance in tropical lowland forests of Southeast Asia,” CBS: s Skriftserie (Sweden), vol. 3, pp. 101-130, 1999.

[14]        (2017). Geniotrigona thoracica. Available: https://www.kelulut.com.my/geniotrigona-thoracica/

[15]        N. F. M. Saufi and K. Thevan, “Characterization of nest structure and foraging activity of stingless bee, Geniotrigona thoracica (Hymenopetra: Apidae; Meliponini),” Jurnal Teknologi, vol. 77, 2015.

[16]        T. Sritongchuay, A. C. Hughes, J. Memmott, and S. Bumrungsri, “Forest proximity and lowland mosaic increase robustness of tropical pollination networks in mixed fruit orchards,” Landscape and Urban Planning, vol. 192, p. 103646, 2019.

[17]        L. Z. Wong. (2017). A potential treasure trove is found in Malaysia’s stingless bees. Available: https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2017/09/14/stingless-bees-sustainable-pollination/

[18]        O. Wei and J. Dayou, “Frequency characteristics of sound from sompoton musical instrument,” Borneo Science, vol. 25, pp. 71-79, 01/01 2009.

[19]        S. Maginnity, “Using stingless bees as an educational tool in Australian schools,” in Stingless bees process honey and pollen in cerumen pots, V. P. R. DW, Ed., ed Facultad de Farmacia y Bioanálisis: Universidad de los Andes, 2013, pp. 1-4.

 https://issuu.com/marcoacuna/docs/how_to_get_stingless_bees_nests_in/18

https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2017/09/14/stingless-bees-sustainable-pollination/

https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2019/08/514289/stingless-bees-next-super-food-industry

https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1817682#.Xltt-abfKr4.facebook

Recent Post

Search






Top