Persediaan untuk Haif Kelulut Semasa Musim Panas Melampau, El-Nino

Persediaan untuk Haif Kelulut Semasa Musim Panas Melampau, El-Nino

Semasa tempoh musim panas, khususnya diketika fenomena El-Nino ini, cuaca persekitaran yang terlalu panas dan pada suhu yang melebihi 38 ° C boleh menyebabkan koloni di dalam haif mati. Perkara yang paling utama adalah mengelakkan haif daripada sinaran cahaya matahari langsung pada waktu tengah hari hingga lewat petang di sepanjang masa. Kadangkala, kita fikir, haif sudah diletakkan di tempat yang betul, namun haif masih boleh menjadi terlalu panas dan ini adalah sangat merbahaya, terutamanya semasa tempoh musim El-Nino ini. Sekiranya anda lihat lebah pekerja sedang berbaris di hadapan sarang beramai-ramai, sambil mengipaskan sayap mereka untuk meningkatkan aliran udara dan untuk tujuan penyejukan, ini adalah satu petunjuk bahwa koloni sedang mengalami suhu yang terlalu panas. Anda perlu segera bertindak untuk menyelamatkan haif, jika anda terlihat kelakuan luarbiasa ini.

Beberapa tip-tip penjagaan kelulut semasa musim panas:

● Sediakan air bersih setiap hari dalam baldi atau tong dengan gabus atau batu untuk lebah hinggap. Ini akan membantu lebah kelulut untuk mencari air. Anda juga boleh meletakkan bekas air di luar dan di atas meja atau memastikan terdapat air bersih yang mengalir berdekatan.

● Anda boleh melembapkan bahagian luar sarang dengan siraman air perlahan daripada hos air atau menggunakan “kaedah tuala dalam baldi”, dengan meletakkan baldi air di sebelah sarang dan sarungkan tuala atau cadar basah di atasnya dan sebahagian tuala di dalam baldi seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

● Isi balang feeder dengan air, terutamanya apabila terdapat banyak nektar di persekitaran.
● Pastikan terdapat sumber makanan yang mencukupi untuk lebah kelulut anda untuk mengelakkan persaingan dengan haiwan dan perosak lain. Ini akan membantu ekosistem berkembang maju dan menyokong pendebunga dan serangga lain.
● Bawa haif ke dalam rumah: Jika anda mempunyai ruang yang berhawa dingin, anda boleh memindahkan haif ke ruang tersebut untuk tempoh yang singkat seperti untuk sehari. Pastikan anda telah menutup pintu haif dengan jaring halus pada malam sebelumnya untuk mengelakkan mereka terbang keluar semasa proses pemindahan dan penyimpanan sementara.

● Tambahkan teduhan: Sediakan teduhan tambahan di sekeliling sarang dengan menyediakan payung atau meletakkan sarang di bawah pokok yang rendang. Anda juga boleh menyalurkan air pancuran melalui hos air ke kawasan sekitar untuk menyejukkan udara dan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk lebah anda.

Plastik netting yang digunakan untuk sarang kelulut

Bantulah lebah kelulut anda dalam menempuh musim panas yang teruk, kurangkanlah tahap tekanan mereka, dan pastikan mereka sentiasa aktif dan sejahtera terutamanya di musim panas.

Search

Top