Teknik perangkap kelulut yang berkesan

Teknik perangkap kelulut yang berkesan

Tajuk asal: Trap-nests for stingless bees (Hymenoptera, Meliponini | The study of the trap-nest types and effectiveness

Ricardo Caliari Oliveira et.al.

Erasmus Mundus Master Programme in Evolutionary Biology, Ludwig-Maximilians-Universität München,

Germany and Rijksuniversiteit Groningen, The Netherland

Apidologie volume 44, pages29–37 (2013)

Petua untuk Memikat Kelulut menggunakan Bekas Sarang Perangkap:

● Kebanyakan spesies kelulut membina sarang mereka di dalam rongga pokok.
● Bekas sarang perangkap dibuat untuk meniru keadaan rongga bersarang semulajadi, supaya dapat menarik kerumunan (“swarming”) kelulut.
● Dua jenis perangkap (menggunakan bahan plastik dan kadbod) dalam saiz yang berbeza (0.5, 1.0, 2.0 dan 3.0 L) yang mengandungi ekstrak propolis telah digunakan.

● Untuk menarik lebih banyak kerumunan (“swarming”) kelulut, larutan propolis boleh dibuat dengan mencairkan campuran batumen dan cerumen daripada spesies-spesies lebah kelulut yang berbeza menggunakan alkohol.
● Larutan propolis telah disembur di dalam bekas sarang perangkap.
● Siku PVC (20 mm) yang disalut dengan lilin Apis mellifera dan larutan propolis boleh dimasukkan di bahagian tengah bekas untuk bertindak sebagai tiub masuk.
● Bekas plastik boleh dicat dengan warna hitam untuk mengelakkan cahaya menembusi dinding bekas, manakala sarang perangkap kadbod boleh dibalut dengan beg plastik hitam untuk melindunginya daripada hujan.
● Setiap 6 bulan, larutan propolis boleh disemburkan/dilumurkan semula di pintu masuk, dan sarang perangkap yang telah rosak boleh dibaiki semula.
● Dalam tempoh lebih 2 tahun, 61 kerumunan (“swarming”) kelulut daripada sembilan kelulut yang berbeza telah tertarik kepada sarang perangkap.
● Bekas terbesar (3 L) paling disukai oleh kebanyakan kerumunan (“swarming”) dan kerumunan telah direkodkan pada waktu musim bunga (Oktober-Disember).
● Bekas plastik lebih berjaya diduduki oleh kelulut berbanding yang lain.

● Sarang perangkap ialah alat berguna untuk penternak lebah, penyelidik dan ahli biologi pemuliharaan kelulut untuk menangkap dan mengkaji koloni lebah kelulut.

● Penebangan hutan merupakan ancaman serius kepada pemuliharaan populasi lebah kelulut kerana kebanyakan lebah kelulut membina sarang mereka di dalam pokok.

● Kekurangan kawasan semulajadi untuk bersarang dan yang sesuai, menjadi masalah bagi lebah kelulut, dan penebangan hutan memburukkan lagi isu ini.

● Penambahan eksperimen tapak bersarang boleh meningkatkan lagi populasi lebah kelulut.

● Sarang perangkap boleh menjadi alat yang berguna untuk membantu memulihara populasi lebah kelulut, secara semula jadi, pada masa hadapan.

This is a miniseries of stingless bees talk delivered by Dr. Mohd Amri Bin Md Yunus. In part this part of the miniseries we are talking about the sustainable and alternative stingless bee breeding methods.
Important part of the Video
Introduction 4:50
The making of the bait containers 30:13
The process after a successful colonization 50:15

Search

Top